BERITA TERKINI   Laporan semakan insiden letupan saluran gas di Putra Heights diserah kepada Kerajaan Persekutuan bulan lepas - MB Selangor | PM jamin kontraktor kecil berprestasi baik akan diberi lebih banyak kontrak untuk berkembang | Peruntukan perolehan kerja untuk Kementerian Pendidikan dinaikkan daripada RM400 juta kepada RM900 juta - PM Anwar | Guru jadi pempengaruh media sosial perlu jaga adab, hujah berlandaskan fakta - PM Anwar | BN umum tanding di semua 56 kerusi DUN pada pilihan raya negeri Johor akan datang - Onn Hafiz | 
Ad Banner
Ad Banner

Niaga Hadapan MSM Ditutup Sedikit Lebih Tinggi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit lebih tinggi di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah yang terus menyokong sentimen pasaran, kata seorang peniaga. 

Peniaga Proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata harga minyak mentah yang lebih kukuh secara amnya menjadikan minyak sawit lebih menarik dalam segmen biobahan api, khususnya bagi pengadunan biodiesel.

Ad Banner
Ad Banner

Katanya, ini memandangkan kos bahan api fosil yang lebih tinggi menggalakkan peralihan kepada alternatif minyak berasaskan sayuran, sekali gus menyokong permintaan ke atas MSM. 

“Harga minyak mentah yang lebih kukuh menyokong harga minyak sawit, menjadikan penggunaannya yang meluas sebagai bahan mentah biobahan api,” katanya kepada Bernama. 

Ketika ini, minyak mentah Brent meningkat 1.63 peratus kepada US$96.48 setong.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Kami menetapkan paras sokongan harga melebihi RM4,450 setan dan rintangan pada RM4,550 setan,” tambahnya. 

Pada penutup, kontrak Mei 2026 meningkat RM17 kepada RM4,443 setan, Jun 2026 mengukuh RM4.0 kepada RM4,476 setan, dan kontrak Julai 2026 susut RM2.0 kepada RM4,495 setan.

Kontrak Ogos 2026 menambah RM1.0 kepada RM4,495 setan, manakala September 2026 dan Oktober 2026 masing-masing meningkat kepada RM4,483 dan RM4,464 setan. 

Jumlah dagangan merosot kepada 78,490 lot berbanding 84,427 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 261,976 kontrak daripada 264,763 kontrak semalam. 

Harga MSM fizikal bagi April Selatan tidak berubah pada RM4,490 setan. 

-- BERNAMA