BERITA TERKINI   Laporan semakan insiden letupan saluran gas di Putra Heights diserah kepada Kerajaan Persekutuan bulan lepas - MB Selangor | PM jamin kontraktor kecil berprestasi baik akan diberi lebih banyak kontrak untuk berkembang | Peruntukan perolehan kerja untuk Kementerian Pendidikan dinaikkan daripada RM400 juta kepada RM900 juta - PM Anwar | Guru jadi pempengaruh media sosial perlu jaga adab, hujah berlandaskan fakta - PM Anwar | BN umum tanding di semua 56 kerusi DUN pada pilihan raya negeri Johor akan datang - Onn Hafiz | 
Ad Banner
Ad Banner

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Didorong Optimisme Terhadap Rundingan AS-Iran

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, didorong optimisme terhadap potensi pusingan kedua rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran bagi menamatkan konflik mereka.

Pada akhir dagangan, kontrak bagi serahan pada April 2026 meningkat kepada US$4,868.00 setiap auns troy daripada US$4,800.60 pada Selasa, manakala Mei 2026 naik kepada US$4,887.00 setiap auns troy daripada US$4,819.60.

Jun 2026, Julai 2026 dan Ogos 2026 masing-masing ditutup kepada US$4,905.50 setiap auns troy berbanding US$4,838.10 semalam.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 23 lot daripada lapan lot semalam manakala kepentingan terbuka menokok kepada 89 kontrak daripada 76 kontrak.

Emas fizikal mencecah US$4,794.75 setiap auns troy semasa penetapan pada sebelah petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 14 April, 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner