BERITA TERKINI   Laporan semakan insiden letupan saluran gas di Putra Heights diserah kepada Kerajaan Persekutuan bulan lepas - MB Selangor | PM jamin kontraktor kecil berprestasi baik akan diberi lebih banyak kontrak untuk berkembang | Peruntukan perolehan kerja untuk Kementerian Pendidikan dinaikkan daripada RM400 juta kepada RM900 juta - PM Anwar | Guru jadi pempengaruh media sosial perlu jaga adab, hujah berlandaskan fakta - PM Anwar | BN umum tanding di semua 56 kerusi DUN pada pilihan raya negeri Johor akan datang - Onn Hafiz | 
Ad Banner
Ad Banner

Malaysia Airlines Terima Pesawat Boeing 737-8 Baharu, Penghantaran Pertama Bagi 2026

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd (MAB) telah menerima sebuah Boeing 737-8 iaitu pesawat ke-15 jenis itu serta penghantaran pertama bagi tahun ini yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Khamis.

Menurut syarikat penerbangan nasional itu, ketibaan pesawat berkenaan menjadi satu lagi langkah bermakna dalam usaha pengembangan kumpulan pesawatnya.

“Tambahan terbaharu ini memaparkan komitmen berterusan kami untuk meningkatkan lagi kecekapan operasi serta merealisasikan perjalanan lebih lancar dan selesa untuk para penumpang,” menurut MAB dalam hantaran di akaun rasmi platform X.

Ad Banner
Ad Banner

Pesawat berkenaan telah dikendalikan oleh juruterbang iaitu Kapten Reza Abdul Rahim, Kapten Megat Mohd Yasser Mohd Yusoff, Kapten Mohamad Shazreen Sazali, Pegawai Pertama Meor Muhamad Arif Meor Mohd Mahazir dan Aidid Azizul Hashim dengan dedikasi mereka telah membolehkan kelancaran penerbangan itu di ruang udara Malaysia.

“Di sebalik setiap ketibaan adalah usaha tidak kenal penat lelah para jurutera serta pasukan projek pesawat kami...terima kasih kerana telah merealisasikan detik bermakna ini.

"Setiap pesawat baharu ini hanya mendekatkan kami kepada usaha takrifan semula pengalaman perjalanan melalui inovasi bermakna serta kemesraan Hospitaliti Malaysia dan menjadikan perjalanan anda sesuatu yang amat bermakna. Kami menunggu untuk menyambut ketibaan anda,” menurut Malaysia Airlines.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA