BERITA TERKINI   PM Anwar ucap tahniah kepada pasukan negara atas kejayaan muncul juara acara kuadran Piala Dunia Sepak Takraw 2026 | 
Ad Banner
Ad Banner

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini walaupun terdapat kenaikan di pasaran emas COMEX di Amerika Syarikat (AS), berikutan aktiviti pengambilan untung selepas peningkatan baru-baru ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2026 turun kepada US$4,709.90 setiap auns troy daripada US$4,724.20 setiap auns troy, manakala kontrak Mei 2026 susut kepada US$4,730.00 setiap auns troy daripada US$4,744.30 setiap auns troy ketika ditutup Isnin.

Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 turut ditutup lebih rendah kepada US$4,749.30 setiap auns troy daripada US$4,763.60 setiap auns troy sebelumnya.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan naik sedikit kepada lapan lot daripada tujuh lot semalam, manakala kepentingan terbuka kekal pada 57 kontrak.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,639.35 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 2 April, 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner