BERITA TERKINI   Laporan semakan insiden letupan saluran gas di Putra Heights diserah kepada Kerajaan Persekutuan bulan lepas - MB Selangor | PM jamin kontraktor kecil berprestasi baik akan diberi lebih banyak kontrak untuk berkembang | Peruntukan perolehan kerja untuk Kementerian Pendidikan dinaikkan daripada RM400 juta kepada RM900 juta - PM Anwar | Guru jadi pempengaruh media sosial perlu jaga adab, hujah berlandaskan fakta - PM Anwar | BN umum tanding di semua 56 kerusi DUN pada pilihan raya negeri Johor akan datang - Onn Hafiz | 
Ad Banner
Ad Banner

LIAM Lantik Pauline Teoh Sebagai Presiden Baharu

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zurich Life Insurance Malaysia Bhd, Pauline Teoh sebagai presiden baharunya.

Persatuan itu juga melantik semula Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Insurance Bhd, Vibha Coburn sebagai naib presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-52.

Sebagai seorang pemimpin insurans yang berpengalaman lebih 25 tahun di seluruh rantau Asia Pasifik, Pauline Teoh memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan, mempelbagaikan strategi, memudahkan operasi dan inovasi Zurich Life Insurance Malaysia.

Ad Banner
Ad Banner

“Vibha Coburn pula memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam perbankan, insurans dan perundingan pengurusan merentasi Asia, Eropah dan Australia, dengan kepakaran dalam strategi, pengurusan perniagaan, transformasi digital, jualan, pemasaran dan pengurusan kekayaan,” kata LIAM dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LIAM Mark O’Dell berkata keutamaan persatuan itu pada 2026 termasuk meneruskan kerjasama dengan pihak berkepentingan utama dan mempertingkatkan pendidikan awam, khususnya mengenai kepentingan perlindungan insurans hayat untuk semua rakyat Malaysia.

“Ini akan dicapai dengan memperkukuh kesedaran awam dan meningkatkan literasi kewangan menerusi pendidikan bersasar dan inisiatif jangkauan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Kami secara aktif berinteraksi dengan orang ramai melalui pelbagai platform untuk meningkatkan pemahaman tentang insurans hayat dan menyokong kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia,” kata O’Dell.

Beliau juga menekankan bahawa LIAM kekal komited sepenuhnya untuk menyokong pelaksanaan inisiatif yang berkesan di bawah agenda RESET oleh Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri, terutamanya pelaksanaan pelan asas Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT).

"Ini termasuk memastikan penyampaian perlindungan penjagaan kesihatan yang berpatutan, telus dan mampan.

"Dengan mengimbangi akses dan kemampuan, memperkukuh ketelusan dalam reka bentuk produk dan struktur kos, serta memanfaatkan pengalaman lama industri, syarikat insurans berada pada kedudukan yang kukuh untuk menyokong pembaharuan penjagaan kesihatan yang bermakna dan mengekalkan kepercayaan awam terhadap insurans perubatan dan kesihatan," tambah beliau.

-- BERNAMA