BERITA TERKINI   FELCRA umum Agihan Akhir Keuntungan Penyatuan dan Pemulihan (P&P) lebih RM302.9 juta bagi 2025 libatkan 71,680 peserta | MCMC teliti kaedah pengesahan umur sebelum sekatan had usia 16 tahun bagi penggunaan media sosial dilaksana suku kedua tahun ini -- Teo Nie Ching | Lebih RM13 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) setakat 31 Jan lepas - Akauntan Negara | 
Ad Banner

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Hari Kedua Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk sesi kedua berturut-turut pada Selasa, sejajar dengan pengukuhan berterusan pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Pada akhir dagangan, kontrak bagi serahan Februari 2026 meningkat kepada US$5,062.40 setiap auns troy daripada US$5,037.70 pada Isnin, manakala kontrak Mac 2026 naik kepada US$5,079.30 setiap auns troy daripada US$5,055.20.

Kontrak April dan Mei 2026 pula masing-masing meningkat kepada US$5,097.00 setiap auns troy berbanding US$5,072.90 sebelum ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Kontrak Jun dan Ogos 2026 turut mengukuh, ditutup pada US$5,130.90 setiap auns troy, naik daripada US$5,106.80 pada sesi dagangan sebelumnya.

Jumlah dagangan menyusut kepada sembilan lot daripada 12 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 95 kontrak berbanding 99 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$5,039.55 setiap auns troy, mengikut penetapan tengah hari London Bullion Market Association (LBMA) pada 9 Feb, 2026.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA