BERITA TERKINI   MCMC tamatkan 70,122 talian SIM prabayar disalah guna pada 2025 - Teo Nie Ching | FELCRA umum Agihan Akhir Keuntungan Penyatuan dan Pemulihan (P&P) lebih RM302.9 juta bagi 2025 libatkan 71,680 peserta | MCMC teliti kaedah pengesahan umur sebelum sekatan had usia 16 tahun bagi penggunaan media sosial dilaksana suku kedua tahun ini -- Teo Nie Ching | Lebih RM13 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) setakat 31 Jan lepas - Akauntan Negara | 
Ad Banner

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan kadar asas pasaran tunai.

Pada 9.45 pagi, kontrak Februari 2026 meningkat 4.0 mata kepada 1,761.5, manakala Mac 2026 naik 6.5 mata kepada 1,742.0. Kontrak Jun 2026 bertambah 5.5 mata kepada 1,745.0, dan September 2026 meningkat 7.5 mata kepada 1,731.0.

Jumlah dagangan mencatatkan 1,515 lot, dengan kepentingan terbuka sebanyak 40,361 kontrak.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Dalam pasaran tunai, FBM KLCI meningkat 3.77 mata kepada 1,755.07 pada 9.50 pagi. Indeks penanda aras itu dibuka 4.16 mata lebih tinggi pada 1,755.46 berbanding paras 1,751.30 ketika ditutup pada Isnin.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner