BERITA TERKINI   MCMC tamatkan 70,122 talian SIM prabayar disalah guna pada 2025 - Teo Nie Ching | FELCRA umum Agihan Akhir Keuntungan Penyatuan dan Pemulihan (P&P) lebih RM302.9 juta bagi 2025 libatkan 71,680 peserta | MCMC teliti kaedah pengesahan umur sebelum sekatan had usia 16 tahun bagi penggunaan media sosial dilaksana suku kedua tahun ini -- Teo Nie Ching | Lebih RM13 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) setakat 31 Jan lepas - Akauntan Negara | 
Ad Banner

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Antara US$4,800 Hingga US$4,900 Minggu Hadapan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan antara US$4,800 hingga US$4,900 seaun minggu hadapan, kata seorang pakar ekonomi.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid mengaitkan pembetulan pasaran baru-baru ini telah menyebabkan harga emas merosot daripada paras tertinggi sepanjang masa iaitu US$5,500.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Nampaknya harga emas cuba untuk mewujudkan paras sokongan baharu yang mencerminkan keadaan penawaran dan permintaan semasa,” katanya kepada Bernama.

Pada Rabu lepas, Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi Negara IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata logam berharga itu terus disokong oleh dolar US yang lemah serta sentimen risiko global yang bertambah baik, apabila pemburuan murah muncul berikutan jualan besar-besaran yang tinggi pada minggu sebelum ini.

Dari minggu ke minggu, Februari 2026 susut kepada US$4,877.9 setiap auns troy daripada US$5,062.60 setiap auns troy dan Mac 2026 menurun kepada US$4,895.4 setiap auns troy daripada US$5,080.90 setiap auns troy.

Ad Banner
Ad Banner

April 2026 merosot kepada US$4,912.20 setiap auns troy berbanding US$5,097.70 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Jun dan Ogos 2026 juga ditutup lebih rendah pada US$4,912.2 setiap auns troy daripada US$5,097.70 setiap auns troy.

Jumlah dagangan mingguan jatuh kepada 149 lot berbanding 1,705 lot yang disaksikan semasa minggu sebelum ini, manakala kepentingan terbuka susut kepada 151 kontrak daripada 91 kontrak.

Berdasarkan penetapan tengah hari, 5 Feb 2026 di London Bullion Market Association, harga emas fizikal berada pada US$4,847.25 setiap auns troy.

-- BERNAMA