BERITA TERKINI   FELCRA umum Agihan Akhir Keuntungan Penyatuan dan Pemulihan (P&P) lebih RM302.9 juta bagi 2025 libatkan 71,680 peserta | MCMC teliti kaedah pengesahan umur sebelum sekatan had usia 16 tahun bagi penggunaan media sosial dilaksana suku kedua tahun ini -- Teo Nie Ching | Lebih RM13 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) setakat 31 Jan lepas - Akauntan Negara | 
Ad Banner

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat kecil minggu hadapan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI kekal dalam aliran kenaikan yang aktif.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Pergerakan yang berterusan melebihi paras 1,750 dijangka membuka jalan untuk kenaikan seterusnya manakala sebarang penurunan ke arah sokongan dijangka berlaku secara teratur dan pembetulan, bukannya berubah mengikut aliran.

"Sehubungan itu, kami menjangkakan FBM KLCI akan bergerak dalam julat 1,730-1,760 minggu hadapan," katanya kepada Bernama.

Sepanjang minggu yang baru berakhir, niaga hadapan FBM KLCI diniagakan kebanyakannya lebih tinggi, disokong oleh minat belian yang kukuh dan berterusan.

Ad Banner
Ad Banner

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, kontrak Januari 2026 menambah 23.0 mata kepada 1,740.0, kontrak Februari 2026 dan Jun 2026 masing-masing meningkat 16.0 mata kepada 1,737.5 dan 1,718.5 manakala kontrak Mac 2026 naik 14 mata kepada 1,715.5.

Jumlah dagangan bagi minggu ini melonjak kepada 200,166 lot daripada 32,462 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 53,250 kontrak daripada 41,444 kontrak sebelumnya.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI menokok 20.89 mata kepada 1,740.88 daripada 1,719.99 minggu sebelumnya.

-- BERNAMA