BERITA TERKINI   MCMC tamatkan 70,122 talian SIM prabayar disalah guna pada 2025 - Teo Nie Ching | FELCRA umum Agihan Akhir Keuntungan Penyatuan dan Pemulihan (P&P) lebih RM302.9 juta bagi 2025 libatkan 71,680 peserta | MCMC teliti kaedah pengesahan umur sebelum sekatan had usia 16 tahun bagi penggunaan media sosial dilaksana suku kedua tahun ini -- Teo Nie Ching | Lebih RM13 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) setakat 31 Jan lepas - Akauntan Negara | 
Ad Banner

Maxis Umum Perkhidmatan Pulih Sepenuhnya Susulan Kebakaran Menara Di Kuala Kangsar

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Maxis Bhd (Maxis) memaklumkan perkhidmatannya pulih sepenuhnya bagi pelanggan yang terjejas susulan kebakaran di tapak menara telekomunikasi di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, Perak pada 27 Dis, 2025.

Syarikat itu berkata, perkhidmatan telekomunikasi dipulihkan secara berperingkat dan pulih sepenuhnya pada 1:03 pagi, 29 Dis, 2025.

Katanya, ini merangkumi semua perkhidmatan yang dikongsi melalui pengaturan Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN).

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Setelah mengesahkan struktur menara kekal kukuh, pasukan teknikal kami segera menggantikan peralatan radio yang rosak.

"Langkah ini memulihkan sambungan ke tapak yang terjejas serta empat tapak lain yang berhubung dengannya sekali gus menyelesaikan gangguan perkhidmatan bagi kira-kira 3,000 pelanggan di kawasan sekitar dan pengguna lebuh raya," kata Maxis.

Syarikat pengendali telekomunikasi itu memberitahu pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pihak berkuasa bagi menyiasat punca kebakaran berkenaan.

Ad Banner
Ad Banner

Maxis juga mengambil maklum kenyataan berhubung insiden ini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 28 Dis, 2025 serta menegaskan semula komitmen syarikat untuk mengekalkan piawaian keselamatan dan kebolehpercayaan rangkaian yang tertinggi.

"Kami akan terus mematuhi protokol penyelenggaraan yang ketat serta menjalankan pemeriksaan teknikal secara berkala selain memastikan pemantauan berterusan terhadap infrastruktur rangkaian kami," katanya.

-- BERNAMA