BERITA TERKINI   MCMC tamatkan 70,122 talian SIM prabayar disalah guna pada 2025 - Teo Nie Ching | FELCRA umum Agihan Akhir Keuntungan Penyatuan dan Pemulihan (P&P) lebih RM302.9 juta bagi 2025 libatkan 71,680 peserta | MCMC teliti kaedah pengesahan umur sebelum sekatan had usia 16 tahun bagi penggunaan media sosial dilaksana suku kedua tahun ini -- Teo Nie Ching | Lebih RM13 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) setakat 31 Jan lepas - Akauntan Negara | 
Ad Banner

FBM KLCI Akan Capai Paras 1,700 Pada Akhir Tahun Jika Sektor Perbankan Positif - Maybank IB

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd percaya FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) masih boleh mencapai paras 1,700 pada akhir tahun ini, jika terdapat pergerakan harga yang positif dalam sektor perbankan dan kaunter tertentu.

Menurut bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan hari ini, ini termasuk pergerakan harga positif dalam Tenaga Nasional Bhd (TNB), Gamuda Bhd, IHH Healthcare Bhd dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd.

“Indeks FBM KLCI telah berada pada sekitar paras 1,610 hingga 1,630 dalam tempoh beberapa minggu ini dan minat terhadap saham permodalan besar dilihat telah kembali walaupun kami mendapati ini kebanyakannya daripada institusi tempatan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Harga saham bank lemah setakat ini pada tahun ini dan pemulihan adalah penting untuk memacu FBM KLCI meningkat berdasarkan sumbangan keseluruhan saham bank dalam indeks adalah kira-kira 30 peratus,” katanya.

Menurut Maybank Investment Bank, setiap kenaikan lima peratus dalam harga saham tiga bank utama secara kolektif dapat menaikkan indeks FBM KLCI sebanyak 25 mata.

Sasaran FBM KLCI pada akhir tahun ialah 1,660, dengan hanya empat peratus lagi untuk mencecah 1,700.

Ad Banner
Ad Banner

Katanya Press Metal Aluminium dan Nestle ditambah dalam pilihan utamanya, menggantikan KPJ Healthcare dan Farm Fresh Bhd. 

Menurut Maybank Investment Bank, pasaran Malaysia kekal sebagai pasaran jualan bersih asing setakat ini pada tahun ini.

Ia mencatatkan aliran keluar bersih setakat bulan ini pada November, dengan Genting Malaysia Bhd, SD Guthrie Bhd dan Maybank sebagai belian bersih tertinggi manakala TNB, YTL Power International Bhd dan Maxis Bhd merupakan jualan bersih tertinggi.

Sehingga 9.06 pagi ini, FBM KLCI meningkat 2.91 mata kepada 1,620.48 daripada 1,617.57 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA