BERITA TERKINI   Affin Bank Bhd meterai MoU dengan MUFG Bank (Malaysia) Bhd tumpu kepada empat sektor utama; kemajuan perubatan, industri semikonduktor, tenaga hijau dan pelancongan | Pemantauan, syarat keselamatan ketat akan dikenakan terhadap 15 warga Palestin bakal dibawa masuk ke Malaysia - Fahmi | Penjawat awam Selangor terima Bantuan Khas Kewangan tambahan setengah bulan gaji, minimum RM1,000 yang dibayar selewatnya 15 April - MB | Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri 2025 libatkan 26 jenis barangan termasuk santan - Armizan | Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang BERNAMA (Pindaan) 2024 | 
Ad Banner

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini meskipun prestasi positif di pasaran tunai pendasar. 

Kontrak Februari 2025 dan September 2025 turun 3.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,555.5 manakala Mac 2025 dan Jun 2025 susut 3.0 mata masing-masing kepada 1,562.5 dan 1,567.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5,452 lot daripada 4,749 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka naik kepada 40,322 kontrak daripada 40,220 sebelumnya.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 2.08 mata kepada 1,584.84 daripada paras penutup 1,582.76 pada Isnin.

-- BERNAMA

 

Ad Banner