BERITA TERKINI   Affin Bank Bhd meterai MoU dengan MUFG Bank (Malaysia) Bhd tumpu kepada empat sektor utama; kemajuan perubatan, industri semikonduktor, tenaga hijau dan pelancongan | Pemantauan, syarat keselamatan ketat akan dikenakan terhadap 15 warga Palestin bakal dibawa masuk ke Malaysia - Fahmi | Penjawat awam Selangor terima Bantuan Khas Kewangan tambahan setengah bulan gaji, minimum RM1,000 yang dibayar selewatnya 15 April - MB | Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri 2025 libatkan 26 jenis barangan termasuk santan - Armizan | Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang BERNAMA (Pindaan) 2024 | 
Ad Banner

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Sedikit

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi sedikit pada Selasa, dipacu oleh kebimbangan terhadap bekalan getah asli yang terhad berikutan musim daun getah luruh yang berterusan serta cuaca yang lembap di negara-negara pengeluar utama, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga disokong kenaikan harga minyak mentah penanda aras dan ringgit yang menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dalam persekitaran keyakinan terhadap langkah rangsangan tambahan oleh China. 

Ad Banner

Pada 5 petang, harga minyak mentah Brent naik 0.43 peratus kepada US$75.54 setong.

"Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dihadkan oleh ketidakpastian tarif perdagangan AS dan penurunan kadar faedah," katanya kepada Bernama.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan setakat 3 petang, SMR 20 meningkat setengah sen kepada 915.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik dua sen kepada 687.5 sen sekilogram.

Ad Banner

-- BERNAMA