BERITA TERKINI   Pemantauan, syarat keselamatan ketat akan dikenakan terhadap 15 warga Palestin bakal dibawa masuk ke Malaysia - Fahmi | Penjawat awam Selangor terima Bantuan Khas Kewangan tambahan setengah bulan gaji, minimum RM1,000 yang dibayar selewatnya 15 April - MB | Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri 2025 libatkan 26 jenis barangan termasuk santan - Armizan | Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang BERNAMA (Pindaan) 2024 | Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri 2025 akan dilaksana bermula 24 Mac hingga 7 April - Armizan | 
Ad Banner

Diplomasi Semikonduktor Jadi Satu Daripada Tonggak Strategik Kerangka Dasar NSS -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) bersetuju supaya diplomasi semikonduktor menjadi satu daripada tonggak strategik dalam kerangka dasar Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan NSS dirangka bagi memperkukuh kerjasama sinergi dengan rakan kongsi antarabangsa serta negara ASEAN ke arah memastikan rantaian bekalan yang mampan selain berdaya tahan bagi pemain semikonduktor domestik dan global.

"Dalam hal ini, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri akan memupuk kerjasama yang lebih erat dalam aspek diplomasi semikonduktor serta inisiatif strategik yang boleh melonjak negara ke tahap yang lebih berketerampilan," kata beliau.

Ad Banner

Hari ini, Mesyuarat MPN bersetuju dengan cadangan pelaksanaan kerangka dasar NSS.

Anwar berkata kerangka dasar ini akan memberi fokus strategik kepada pembangunan syarikat tempatan dengan sasaran mewujudkan 10 syarikat tempatan berkaitan semikonduktor dengan hasil dianggarkan antara RM1 bilion hingga RM4.7 bilion.

-- BERNAMA 

Ad Banner